Tuesday, July 30, 2019

Kegunaan Pokok Sagu

Batang Pokok Sagu atau Rumbia boleh dijadikan tepung sagu atau dijadikan makanan bagi haiwan ternakan seperti ayam dan itik



Daun Pokok Sagu atau Rumbia boleh dijadikan Atap



Pelepah pokok sagu boleh dijadikan kepingan my2GPro untuk dijadikan pelbagai Produk


Tulisan Khat 



Abjad Hiasan Dinding


model Binaan


Gabus Hiasan Bunga


Produk my2GPro

Tulisan Khat



Model Binaan


Gabus Hiasan Bunga


Abjad Hiasan Dinding


Proposal Projek Penyelidikan


TAJUK PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI:

my2GPro : PENGGANTI KEPINGAN POLISTERIN


NAMA PESERTA:  
MUHAMMAD AQIL IFFAQWAN B ARIFFADILAH
MUHAMMAD ISYRAF B SUKUR
MUHAMMAD NUR IMAN B MAHMUD
AQHLAN B CHE NAZRI


GURU PEMBIMBING
EN AZMI BIN JAAFFAR
YM NIK MOHD ZULKIFLI BIN TUAN ISMAIL

NAMA SEKOLAH:
SMK TG IBRAHIM, BANDAR PERMAISURI
22100 SETIU, TERENGGANU

TAHUN:
2019





1.0         DESKRIPSI PROJEK/RINGKASAN PROJEK/PENYATAAN MASALAH

Penggunaan polistirena pada masa ini, semakin meningkat kerana ianya mudah dan senang diperolehi. Kebanyakkan pengguna  tidak mengetahui kesan buruk penggunaan polistirena. Kepingan Polisterina telah digunakan dengan meluas dalam penghasilan abjad hiasan dinding, gabus dekorasi hiasan bunga,  model bangunan, kenderaan dan lain-lain lagi. Ia juga banyak digunakan sebagai bahan pembungkus. Polistirena yang biasa  digunakan mengandungi bahan karsinogen  [Stirena] yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan.

Penggunaan Polistirena secara meluas juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 280 000 tan buangan polistirena yang menyebabkan pencemaran alam sekitar (sumber jabatan pengurusan sisa pepejal negara). Polistirena mengambil masa 50 tahun untuk dilupuskan. Jika penggunaannya masih diteruskan tidak mustahil satu masa nanti bumi akan dipenuhi dengan Polistirena. 

Oleh yang demikian, Kami pelajar-pelajar SMK Tengku Ibrahim membuat penyelidikan untuk menggantikan kebergantungan kepada polistirena yang diketahui berbahaya kepada kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.  Kami cuba untuk menggantikan kepingan polistirena ini dengan kepingan gabus yang lebih mesra alam iaitu gabus daripada pelepah pokok sagu


2.0         RASIONAL PENGHASILAN & CETUSAN IDEA

Penghasilan kepingan gabus pelepah sagu ini diharapkan menjadi pencetus kepada kajian-kajian yang akan datang untuk penghasilan suatu bahan yang mesra alam dan dapat menggantikan kebergantungan kepada kepingan gabus dari polisterin .

Penghasilan kepingan gabus pelepah sagu ini juga diharapkan dapat membantu pengguna-pengguna untuk membuat pilihan untuk menggunakan bekas tahan haba yang mesra alam sekitar dan tidak memberikan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.


3.0         OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif projek penyelidikan inovasi kami:
·         Membuat perbandingan kekuat/ketahanan gabus pelepah sagu dengan gabus polistirena
·         Menguji jangka masa yang diambil oleh gabus pelepah sagu untuk lupus di dalam tanah
·         Melakukan ujian pembakaran dan ketumpatan bagi ke dua-dua gabus polistirena dan gabus pelepah sagu

4.0         CIRI-CIRI INOVASI/ REKACIPTA/KEBAIKAN

My2GPro© ialah singkatan daripada ‘My ‘Gabus’ Green Product’. Ia adalah produk yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu. Semua bahan ini dapat diperolehi dengan senang . Ia boleh didapati di kawasan lembap dan berair terutama tebing-tebing alur dan sungai. Kami menyediakan produk kami dalam bentuk kepingan kerana ia merupakan tujuan utama projek kami iaitu mencari bahan alternatif yang dapat menggantikan kebergantungan kepada kepingan polistirena.

5.0         KOS PENGHASILAN/KAJIAN/PROJEK

Berikut merupakan kos untuk menghasilkan my2GPro© .

BIL
PERKARA
KOS
1.
Gam
6.90
2.
Gabus pelepah Pokok Sagu
-
3.
Cat minyak 3 warna
60.00




JUMLAH
RM 66.90


6.0       PROSPEK  KEUSAHAWANAN

Gabus dari pelepah sagu berpotensi untuk dijadikan Kepingan gabus bagi menggantikan penggunaan kepingan polistirena. Ini kerana ia merupakan bahan semula jadi dan buat masa sekarang belum ada gabus yang dijadikan kepingan yang mesra alam. 


7.0       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada kajian yang akan datang, kami ingin mengkomersialkan produk yang kami buat supaya dapat menggantikan kepingan polistirena. Selain itu, kami juga ingin membuat lebih banyak kajian bukan sahaja tentang polistirena malah bahan kimia yang lain demi memperkukuh pembangunan Teknologi Hijau untuk menyelamatkan alam sekitar daripada kepupusan. 

8.0       KESIMPULAN/RUMUSAN

Diharapkan dengan kajian yg kami jalankan ini akan membuka peluang kepada penyelidikan akan datang iaitu pengguna bahan yang mesra alam/biodigradasi  untuk menggantikan penggunaan kepingan polisterin dalam penghasilan pelbagai produk.

9.0       PENGESAHAN

Kami mengaku bahawa projek inovasi yang kami jalankan ini adalah dari idea kami dan dibantu oleh guru penasihat bagi memberi tunjukajar untuk menjalankan kajian dengan lebih terperinci.
                                                                                                                        Tandatangan

MUHAMMAD AQIL IFFAQWAN B ARIFFADILAH        ……………

MUHAMMAD ISYRAF B SUKUR                                       ……………

MUHAMMAD NUR IMAN B MAHMUD                             ……………

AQHLAN B CHE NAZRI                                                      ……………





Disemak oleh:                                                                                  Disahkan oleh:

………………………                                                          ……………………………
(AZMI BIN JAAFFAR)
GURU PEMBIMBING

Bahaya Polistirena




Penggunaan Polistirena secara meluas juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Di Malaysia sahaja terdapat lebih 280 000 tan buangan polistirena yang menyebabkan pencemaran alam sekitar (sumber jabatan pengurusan sisa pepejal negara). Polistirena mengambil masa 50 tahun untuk dilupuskan. Jika penggunaannya masih diteruskan tidak mustahil satu masa nanti bumi akan dipenuhi dengan Polistirena. 




Thursday, July 25, 2019

Wednesday, July 24, 2019

Proses Penghasilan my2GPro

Pokok Sagu

Pokok Sagu

Pokok Sagu


Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 

Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 

Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 

Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 


Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 

Proses mencari dan mengambil pelepah sagu 


Proses memotong pelepah sagu mengikut saiz yang dikehendaki

potongan pelepah sagu sebelum di belah dan dikeluarkan kulit


Proses pembelahan pelepah sagu dan pembuangan kulit

Proses pembelahan pelepah sagu kepada saiz yang lebih kecil


keping kecil gabus pelepah sagu setelah dibuang kulit


Proses percantuman keping kecil untuk dijadikan kepingan yang lebih besar


proses menutup lubang antara keping kecil pada kepingan besar

 Proses meratakan permukaan yang tidak rata pada kepingan gabus pelepah sagu


kepingan besar yang siap untuk proses seterusnya - menghasilkan produk
abjad hiasan dinding


Penyediaan blok abjad yang dikehendaki

Proses cetakkan abjad pada kepingan gabus pelepah sagu
   
 
    
Proses cetakkan abjad pada kepingan gabus pelepah sagu


proses pemotongan abjad yang dicetak pada kepingan gabus pelepah sagu


proses penghasilan sofboard


proses membuat bingkai soft board


Proses mewarna soft board dan abjad


soft board yang siap diwarna




Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu


Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu


Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu


Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu


Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu


Proses mewarnakan abjad yang dihasilkan daripada gabus pelepah sagu

  

kepingan ganus polisterina dan gabus pelepah sagu yang sama saiz dan ketebalan
untuk ujian kekuatan dan ketahanan



ujian kekuatan bagi gabus pelepah sagu


kedalaman lekukan yang terhasil -cetek


ujian kekuatan bagi gabus polistirena


kedalaman lekukan yang terhasil lebih dalam





ujian pembakaran gabus pelepah sagu




ujian pembakaran gabus polistirena


ujian pereputan gabus pelepah sagu



ujian pereputan gabus polistirena



kawasan penanaman kedua-dua gabus




Produk my2GPro - gabus gubahan bunga


Produk my2GPro - gabus gubahan bunga


Produk my2GPro - abjad untuk hiasan dinding


Produk my2GPro


Produk my2GPro


Produk my2GPro


Produk my2GPro


Produk my2GPro